Perak Hari Ini

Dua Bekas Pemimpin DAP Sahkan Wujud Rancangan Jatuhkan MB Perak

IPOH- Dua orang bekas pemimpin DAP Perak hari ini mendedahkan bahawa wujudnya rancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak.

Perkara tersebut disahkan oleh bekas Penolong Setiausaha Organisasi DAP, dan bekas Bendahari parti berkenaan, Yong Choo Kiong kepada media.

Sivasubramaniam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong berkata, rancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai MB Perak sudah lama dibincangkan di dalam Jawatankuasa DAP.

“Saya ingin memberi tahu kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa rancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai MB Perak sudah lama dibincangkan di dalam Jawatankuasa DAP Negeri Perak.

“Mereka mahu jatuhkan Ahmad Faizal malahan setiap kali jawatan kuasa bermesyuarat perkara ini lah yang dibincangkan oleh jawatan tertinggi DAP,” katanya selaku orang lama di dalam parti berkenaan.

Selain itu katanya, DAP juga telah meletakkan seorang Adun Melayu dari DAP sebagai Menteri Besar Perak dan juga komplot beramai-ramai untuk menjatuhkan Adun Tronoh untuk mengambil alih portfolio beliau.

“Tidak sampai dua tahun mereka sudah ada rancangan untuk jatuhkan MB malahan memang hasrat mereka untuk gulingkan kerajaan negeri Perak.

“Perkara yang diperkatakan oleh Ahmad Fiazal adalah 100 peratus benar dan sahih tetapi beliau tidak menamakan mana-mana individu.

“Saya minta pemimpin DAP Perak supaya zipkan mulut mereka. Jangan bagi saya bongkarkan semua,” katanya.

Beliau turut menunjukkan minit mesyuarat parti berkenaan yang mana secara terang menunjukkan bahawa perkara yang beliau katakan benar tetapi beliau tidak mendedahkan secara lebih teliti.

Sementara itu Yong juga mendedahkan bahawa mereka turut cuba menggunakan Aziz Bari untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal.

“Mereka melakukan pelbagai agenda menyebabkan retakan hubungan parti komponen Pakatan Harapan dan seterusnya mempercepatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");