Berita Hari Ini

Enggan Patah Balik, Cabar Polis Bertumbuk

KUALA PILAH – Lelaki berusia 37 tahun menjadi individu pertama ditahan di Kuala Pilah kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, suspek ditahan pada jam 3.40 petang ketika sekatan jalan raya di Jalan Kuala Pilah- Batu Kikir berhadapan Klinik Kesihatan Juasseh.

“Dia ditahan kerana enggan memberi kerjasama untuk berpatah balik dan gagal mengemukakan surat kebenaran pergerakan daripada pihak polis. Lelaki itu juga bertindak memaki hamun dan mencabar anggota polis bertugas untuk bertumbuk,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, suspek dipercayai dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menghala ke Gebeng Kuantan, Pahang.

Beliau berkata, permohonan reman terhadapnya akan dibuat di Mahkamah Seremban, pagi ini.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");