Perak Hari Ini

Gabungan Bersatu, Umno Dan Pas Bakal Bentuk Kerajaan Di Perak

IPOH: Teka-teki terhadap kemelut politik di Perak menemui titik noktah apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan untuk bersama-sama Perikatan Nasional (PN) bagi menerajui kepimpinan baharu di negeri ini.

Pakatan Harapan (PH) Perak yang menerajui pentadbiran di negeri ini hampir dua tahun akhirnya tumbang apabila Ahmad Faizal mengumumkan seramai 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melibatkan Adun dari Umno, Pas dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

“Saya ingin memaklumkan bahawa kepimpinan Bersatu, UMNO dan PAS negeri Perak telah mencapai persetujuan untuk membentuk sebuah gabungan baru.

“Gabungan ini melibatkan empat Adun daripada Bersatu iaitu saya sebagai Adun Chenderiang dan Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi serta dua lagi Adun yang telah menyertai Bersatu iaitu Adun Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari dan Adun Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

“Selain itu, gabungan ini turut melibatkan kesemua 25 ADUN daripada UMNO dan 3 ADUN daripada PAS.

“Dengan gabungan ketiga-tiga parti ini, maka Perikatan Nasional Negeri Perak dapat menubuhkan Kerajaan Negeri Perak yang baru, dengan jumlah majoriti 32 Ahli Dewan Negeri,” katanya dalam satu sidang media di Pusat Konvensyen Causuarina Meru Raya, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad serta Ketua Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Sementara itu Ahmad Faizal berkata bahawa beliau masih lagi Menteri Besar Perak sehingga sekiranya ada sebarang perubahan kelak satu pengumuman baharu akan dibuat.

Katanya kesemua kepimpian parti dalam gabungan itu akan menyerahkan nama calon Menteri Besar masing-masing kepada Sultan Perak dan selepas diperkenan Baginda, kesemua kempinan parti akan bersedia untuk menyokong individu tersebut.

“Bagi senarai nama Exco, semua parti akan duduk berbincang dan senarai nama Exco yang dicadangkan kita akan persembahkab kepada Baginda.

“Selepas ini kita akan berhubung dengan pihak istana bagi mendapatkan tarikh untuk menghadap Sultan Perak,” jelas beliau.

Ketika ditemui pemberita di luar bilik sidang media, Ahmad Faizal berkata kedudukan Exco Kerajaan Negeri dari PH yang sedia ada ini tergugur secara automatik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");