Berita Hari Ini

Hadi Dan Zahid Tiada Dalam Kabinet

KUALA LUMPUR: Barisan Kabinet baru Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang diumumkan hari ini tidak menampilkan dua pemimpin kanan parti utama Perikatan Nasional.

Menurut BH Online, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak memegang sebarang portfolio.

Ahmad Zahid sebelum ini menawarkan diri untuk tidak disenaraikan dalam Jemaah Menteri.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga tidak disenaraikan dalam barisan Kabinet baru.

Hanya Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dipilih Menteri Alam Sekitar, yang akan dibantu Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad yang juga Setiausaha Politik Zahid, sebagai timbalan menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");