Perak Hari Ini

Hanya Dapatkan Laporan Dari KKM Untuk Tangani Berita Palsu Covid-19

BAGAN SERAI- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu di media sosial berkenaan penularan wabak Covid-19 yang kini sudah mencapai gelombang kedua.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, orang ramai seharusnya menyemak dahulu maklumat yang diterima di media sosial bagi mengelakkan keadaan panik dalam kalangan masyarakat.

“Sekarang ni zaman media sosial, jadi hati-hati dengan berita palsu, kadang-kadang maklumat nampak macam betul tapi sebenarnya palsu, perkara ini dikatakan sebagai ‘tabayyun’, jadi perlu semak terlebih dahulu.

“Bagi situasi terkini berkenaan dengan serangan Covid-19, yang terbaiknya adalah kita dapatkan laporan terkini daripada KKM yang mana mereka menyalurkan laporan terkini, sahih serta dapatkan berita dari Perdana Menteri, Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan,” katanya kepada media ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Serai, hari ini.

Semalam, KKM melaporkan terdapat penambahan kes Covid-19 ekoran daripada program tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling pada 28 Februari lalu di mana negeri Perak mencatatkan dua kes.

Bagaimanapun menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, pihak KKM belum buat keputusan untuk memberi maklumat terperinci tentang maklumat pesakit berkenaan.

“Perkata terbaik adalah lebih baik kita tunggu laporan harian terkini dari pihak KKM.

“Saya syorkan lihat pada status terkini KKM kerana KKM sentiasa mengemaskini dan jangan dengar daripada orang lain,” katanya.

Orang ramai boleh dapatkan maklumat terkini di nCov Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia atau ikuti kemaskini dari media sosial Twitter @KKMPutrajaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");