Perak Hari Ini

Ia Gerakan Pembersihan Parti Daripada ‘Golongan Munafik’ – Pengerusi PKR Perak

IPOH: Tindakan sekumpulan ahli parti yang mengumumkan keluar daripada PKR tidak menjejaskan parti kata Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Katanya jumlah yang keluar parti hanyalah sedikit berbanding jumlah keanggotaan PKR di seluruh perak yang terdiri lebih daripada 70,000 ahli.

Malah katanya PKR Perak juga baru sahaja menerima pertambahan 700 ahli baru pada minggu ini.

“Saya harap mereka sedar akan pengkhianatan mereka adalah kepada rakyat Malaysia.

“Saya lebih cenderung melihat perkara ini sebagai gerakan pembersihan parti daripada ‘golongan munafik’ yang sanggup menggadai diri.

“Mari kita berdiri teguh dan rapatkan saf demi perjuangan reformasi yang belum selesai. Lihatlah ini sebagai peluang untuk bergerak dengan lebih kuat kerana kini tidak wujud lagi ‘kabilah ‘kartel’,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu siang tadi, lebih 200 Ahli PKR dari 24 cabangdi seluruh Perak mengisytiharkan keluar parti ekoran kecewa dengan pergolakan di peringkat dalaman parti.

Mantan Ketua Cabang PKR Lenggong, Azalan Shah Banyamin berkata keputusan itu diambil berikutan rasa tidak puas hati terhadap tindakan parti yang memecat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin.

Beliau menjangkakan sekitar 6,000 ahli PKR di seluruh negeri akan turut bertindak keluar daripada parti selepas ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");