Berita Hari Ini

Ingkar PKP: Peniaga Dan Pelanggan Kedai Runcit Ditahan

PADANG BESAR – Dua individu yang merupakan peniaga dan pelanggan sebuah kedai runcit di Kampung Kolam di sini ditahan kerana disyaki melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik Bernama, Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Muhamad Halim Yatim berkata lelaki warga tempatan berumur 64 dan 45 tahun itu ditahan kira-kira 12.15 tengah malam tadi ketika pihaknya menjalankan tugas Op COVID-19 di kampung berkenaan.

Katanya dalam operasi itu, pihaknya mendapati sebuah kedai runcit masih beroperasi selepas waktu dibenarkan iaitu pukul 10 malam.

“Ketika pemeriksaan dilakukan terdapat seorang pelanggan sedang membeli makanan dan seorang peniaga yang disyaki pemilik kedai masih berada di dalam kedai, mereka memberikan alasan yang tidak munasabah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kedua-dua suspek berkenaan direman sehingga esok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");