Sukan Hari Ini

IOC Sedia Tangguh, Bukan Batal Olimpik

LAUSANNE, Switzerland: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata penangguhan Olimpik 2020 antara pilihan yang dipertimbangkan akibat pandemik COVID-19, tetapi pembatalan temasya yang akan berlangsung di Tokyo itu tiada dalam agenda mereka.

IOC digesa supaya menangguhkan temasya yang dijadualkan dari 24 Julai hingga 9 Ogos itu, susulan badan-badan sukan dan atlet-atlet di seluruh dunia bimbang terhadap risiko yang bakal dihadapi selepas kematian akibat COVID-19 mencecah lebih 13,000.

Presiden IOC Thomas Bach berkata keputusan berkenaan tarikh baharu Olimpik 2020 akan dibuat dalam tempoh empat minggu ini.

“Nyawa manusia melebihi segalanya, termasuk menganjurkan Olimpik.

“Kami sudah, seperti dinyatakan sebelum ini, memikirkan senario berbeza dan menyesuaikannya hari demi hari.

“Keputusan akhir tentang tarikh Olimpik Tokyo 2020 masih awal untuk dibincangkan,” kata Bach, sebagaimana dilaporkan BH Online yang memetik AFP.

Bach menerangkan IOC sedang membincangkan pilihannya dengan pemegang saham serta pihak kesihatan.

“Kami yakin perkara ini akan diselesaikan dalam tempoh empat minggu ini.

“Membatalkannya tidak akan menyelesaikan masalah dan membantu sesiapa. Jadi ia tidak ada dalam agenda kami,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");