Perak Hari Ini

Istiadat Angkat Sumpah MB Perak Esok

IPOH: Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Perak yang baharu akan berlangsung di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada jam 3 petang esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Sultan Perak telah memperkenankan hal demikian.

“Adalah dimaklumkan, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memberi perkenan supaya Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak yang ke-13, diadakan pada 13 Mac, pada Jumaat jam 3 petang bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar,” katanya.

Siang tadi Baginda telah memanggil menghadap kesemua kepimpinan daripada Umno, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak di Istana Kinta, dekat sini.

Mereka terdiri daripada Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pesuruhjaya Pas Negeri, Razman Zakaria serta Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Saarani Mohamad.

Ahmad Faizal berkata Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada ketiga-tiga parti itu telah mempersembahkan kepada Baginda surat untuk diperkenankan bagi melantik seorang Menteri Besar Perak yang baharu.

Walau bagaimanapun ketika ditemui pemberita beliau berkata Sultan Perak masih belum membuat sebarang ketetapan selain masih meneliti calon untuk jawatan tersebut.

Untuk rekod terkini, Dewan Undangan Negeri (Dun) menyaksikan Perikatan Nasional memiliki 32 kerusi Dun yang masing-masing terdiri daripada Umno (25), Bersatu (4), Pas (3) serta tiga Bebas.

Sementara Pakatan Harapan (PH) memiliki 24 kerusi iaitu DAP (16), Parti Amanah Negara (Amanah) (5) and PKR (3).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");