Perak Hari Ini

JAIPk Minta Semua AJK Masjid, Surau Patuh Perintah Kawalan Pergerakan

IPOH: Semua ahli jawatankuasa masjid dan surau di Perak di seru untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan sehingga 31 Mac ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusof Husin berkata mereka diseru untuk mematuhi peraturan tersebut dengan tidak mengunjungi masjid dan surau termasuk untuk menunaikan solat Jumaat.

Walau bagaimanapun sebagaimana yang ditetapkan, katanya ia terkecuali kepada imam, bilal dan seorang siak yang dijadualkan bertugas pada satu-satu masa.

“Larangan yang dikeluarkan itu telah mengambil pandangan ulama termasuk Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa Negeri.

“Pohon kerjasama semua dalam menghadapi wabak seperti ini tidak ada di antara kita yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Patuh dan taatlah kepada ‘ulil amri’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pagi tadi dalam satu sidang media, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau dimaklumkan masih terdapat segelintir rakyat yang tidak mengendahkan Perintah Kawalan Pergerakan dengan berdegil untuk bersolat jemaah di masjid atau surau.

Pada selasa, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK), Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin menerusi satu kenyataan berkata solat Jumaat dan solat fardu berjemaah hendaklah tidak dilaksanakan di masjid atau surau sebaliknya hendaklah ditunaikan di kediaman masing-masing.

Manakala bagi solat Jumaat pula ia wajib diganti dengan menunaikan solat Zohor.

“Hanya pegawai masjid yang bertugas hadir untuk memenuhi tugas melaungkan azan dan memenuhi keperluan fardu kifayah menyempurnakan solat secara berjemaah dalam sesuatu kariah, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");