Perak Hari Ini

Jangan Label Kami Sebagai Pengkhianat Atau Katak- Adun

IPOH- Adun Tronoh, Yong Choo Kiong, menggesa supaya pemimpin tertinggi DAP Perak menghentikan tindakan memberi gambaran palsu bahawa kerajaan Pakatan Harapan Perak tumbang akibat tindakan beliau dan seorang lagi Adun keluar parti.

Katanya, tindakan pengumuman keluar parti dan kekalkan sokongan kepada Ahmad Faizal dalam kerajaan baru langsung tidak memberi sebarang impak dalam penubuhan mana-mana kerajaan.

“Jangan melabel kami sebagai pengkhianat atau katak kerana setelah wujudnya gabungan Pakatan Nasional (PN) di bawah Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Umno dan Pas dan mereka telah mencapai majoriti sebanyak 32 kerusi.

“Kami hanya keluar parti dan bukannya menyertai parti lain, jadi pada masa yang sama tidak menyebabkan kerajaan terdahulu tumbang. Oleh sedemikian dakwaan “pengkhianat” adalah tidak kukuh dan tidak benar sama sekali,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Menurut beliau, gelaran itu dianggap keterlaluan dan tidak tepat dengan situasi yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Perak.

Selain itu katanya, pemimpin tersebut telah lama berkecimpung dalam bidang politik, jadi mereka sepatutnya mempunyai keupayaan fokus dalam perkara keutamaan dan bukannya membuang masa mengerahkan cyber tropper untuk menyerang rakan-rakan dan keluarga mereka.

“Dari semalam hingga ke hari ini, kami mendapat beratus malahan beribu pesanan dari cyber tropper tidak berhenti setiap minit akan menyerang kami di media sosial Facebook tetapi saya telah mengarahkan orang saya untuk memadam kesemuanya.

“Anak saya sedang belajar di England juga bertanyakan mengapa saya dilabel sebagai katak, jadi jika saya tidak suka cara mereka memerintah, apa salahnya saya keluar parti. Nanti bila mereka jatuh, saya boleh masuk semula,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mendedahkan bahawa ramai AJK DAP Perak yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan DAP yang mengamalkan pemerintahan kuku besi, dan berharap agar mereka boleh merenung sikap diri sebelum lebih ramai ahli akan bertindak keluar parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");