Berita Hari Ini
Like

Jenazah Mangsa COVID-19 Selamat Dikebumi

March 18, 2020
220 Views
0 Comments
1 minute read
Jenazah Mangsa COVID-19 Selamat Dikebumi

JOHOR BAHRU: Jenazah mangsa wabak COVID-19 yang meninggal di Hospital Sultanah Aminah (HSA) tengah hari Selasa selamat dikebumikan kira kira pukul 9 malam tadi di tanah perkuburan Islam di Johor Bahru.

Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu tiba di tanah perkuburan pukul 8.15 malam pada Selasa.

Menurut Astro Awani, hasil tinjauan mendapati kira kira 10 petugas dipercayai kakitangan hospital dilihat lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) ketika urusan jenazah dilakukan.

Isteri dan anak allahyarham tidak dibenarkan terlibat dalam pengurusan pengebumian itu kerana masih lagi dikuarantin di Hospital Permai, di sini.

Pengamal media yang hadir juga tidak dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan dan diminta menjarakkan diri pada kedudukan 50 meter.

Allahyarham merupakan pesakit ke-178 di Malaysia daripada kluster jangkitan perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

Dia mula mengalami gejala demam pada 5 Mac lalu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Permai pada 12 Mac lalu.

Komen & Pendapat

Comments are closed.