Berita Hari Ini

Kabinet Dijangka Diumum Selasa Ini

KUALA LUMPUR: Barisan Kabinet Perikatan Nasional dijangka diumum Selasa depan, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Sejak mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan sudah mengadakan pertemuan dengan parti komponen Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk barisan Kabinet baharu lapor BHarian.

Gabungan Perikatan Nasional merangkumi sebahagian Ahli Parlimen BERSATU, Barisan Nasional (BN) dan PAS serta disokong Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Semalam, GPS mengumumkan bersetuju untuk menyertai Kabinet Kerajaan Persekutuan yang akan dibentuk Muhyiddin.

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, bagaimanapun berkata, pihaknya mahu Kerajaan Persekutuan harus dikenali dengan nama Perikatan Nasional Plus GPS (PN+GPS).

Beliau yang juga Ketua Menteri berkata, ini kerana katanya, GPS adalah entiti yang berasingan dengan PN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");