Perak Hari Ini

Kakitangan Perubatan Hospital Teluk Intan Positif Covid-19

IPOH: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan beberapa kakitangan perubatan di Hospital Teluk Intan disahkan positif Covid-19.

Namun katanya, beberapa langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil segera serta pemantauan rapi dilaksanakan secara berterusan.

“Pihak Pengurusan Hospital Teluk Intan telah mengambil tindakan pengawalan yang rapi dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak.

“Selain itu, turut dilaksanakan tindakan pencegahan untuk meminimumkan ‘exposure’ terhadap kakitangan hospital telah menjadi aktiviti utama sejak kes pertama jangkitan positif Covid-19 dikenal pasti.

“Orang ramai digesa agar tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan kerana dikhuatiri mencetuskan kegusaran orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, dekat sini, hari ini.

Selain itu tambah beliau, sebarang maklumat berkenaan COVID-19 hendaklah dirujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel [email protected].

Terdahulu tular satu hantaran yang menyebut berlaku peningkatan kes positif Covid-19 dalam kalangan pakar perubatan sehingga menjejaskan operasi harian di Hospital Teluk Intan.

Sehingga tengah hari semalam, Perak mencatatkan 66 kes positif Covid-19 berbanding 55 kes sebelumnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");