Membawang Hari Ini

‘Kalau Masih Bahagia Sendiri, Baik Sendiri Dulu’

SHAH ALAM – Aktres popular Zara Zya mengakui usia bukan satu tekanan dan paksaan untuk dirinya menamatkan zaman bujang.

Pelakon berusia 34 tahun itu berkata, baginya dilema kahwin lewat sehingga ada gelaran-gelaran seperti bujang terlajak bukan lagi isu besar pada zaman ini memandangkan ia semakin diterima masyarakat sekarang.

“Umur hanyalah satu nombor. Saya pun tidak terlalu memikirkan sangat soal menamatkan zaman bujang kerana terlalu sibuk dengan kerja sehinggakan tidak ada masa untuk diri sendiri.

“Kalau masih bahagia sendiri, baik sendiri dulu. Kadang-kadang kahwin pun kalau dipaksa-paksa kalau belum jodoh serabut juga,” katanya kepada Sinar Ahad semalam.

Bagaimanapun, bintang drama Derita Pia itu berkata, beliau akan menamatkan zaman bujang apabila sudah bersedia menempuh gerbang perkahwinan dan bertemu dengan calon pasangan yang sesuai.

Mengenai gelaran-gelaran yang sering diberikan kepada individu yang kahwin lambat, tambah Zara, zaman sekarang orang tidak lagi membuat panggilan-panggilan kurang enak seperti itu memetik Sinar Harian.

“Gelaran-gelaran macam andartu tu zaman dulu-dulu, sekarang orang dah makin boleh terima lelaki atau wanita kahwin lewat. Apatah lagi zaman sekarang wanita sudah semakin berdikari dan bekerjaya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");