Panasnya Hari Ini

“Kekayaan Tengku Adnan ‘Dipunggah’ Dari Mana? ” – Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu perdana menteri meminta penjelasan daripada Datuk Seri Tengku Adnan Mansor ekoran jumlah hartanya yang mencecah ratusan juta ringgit.

“Hari ini (semalam) kita mendapat kejutan baru mengenai kekayaan luar biasa oleh pemimpin UMNO di Mahkamah Kuala Lumpur.

“Ternyata dibongkar kekayaan yang mungkin mencecah 800 juta ringgit dipunyai oleh mantan menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Jika benar PM Tan Sri Muhyiddin Yasin berikrar untuk membersihkan jentera kerajaan, beliau harus meminta penjelasan dari Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor, tentang bagaimana wang begitu banyak dikumpul.

“Dipunggah dari mana, khazanah rakyat mana, tanah negeri mana, saham peruntukan bumiputera yang mana, barulah secara jujur kita boleh menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin ini adalah pejuang hakiki orang Melayu,” ujarnya dalam rakaman video malam tadi, lapor MalaysiaGazette.

Justeru, Anwar memohon rakyat membuka mata dan minda untuk menuntut perdana menteri yang baru memberi penjelasan yang saksama dan jangan hanya bergelut untuk memperoleh kuasa tapi tidak memikul amanah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");