Berita Hari Ini

Kerajaan setuju tangguh bayaran balik pinjaman PTPTN 3 bulan

Kerajaan setuju memberikan penagguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan berikutan wabak Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan.

Perbadanan itu dalam satu kenyataan berkata pihaknya merujuk kepada pengumuman yang sama dibuat Menteri Pertahanan, Ismail Sabri mengenai perkara itu semalam.

“Kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam PTPTN berkuat kuasa serta merta selama tiga bulan sehingga 30 jun 2020.

“Penangguhan ini dijangka memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka,” jelasnya.

PTPTN berkata penangguhan itu melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM375 juta.

Pengumuman yang sama dibuat semalam oleh Menteri Pengajian Tinggi Dr Noraini Ahmad dan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan.

Bagaimanapun, Wan Saiful kemudian meminta pihak media menarik balik kenyataan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");