Berita Hari Ini

KKM Nafi Keluarkan SOP Beli Barang

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menafikan mengeluarkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) pembelian barangan keperluan harian ketika negara sedang memerangi COVID-19 ketika ini.

Penafian itu dimaklumkan Pasukan Respon Pantas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui satu kenyataan pemakluman berita palsu, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai SOP Pembelian Barangan Keperluan Harian (Musim COVID-19), yang didakwa daripada Kementerian Kesihatan.

SOP berkenaan antara lain mendakwa individu yang keluar membeli barangan perlu keluar antara jam 10 pagi hingga 3 petang dan tidak boleh lebih daripada 40 minit.

Selain itu, barangan yang tidak boleh dibasuh perlu dijemur, termasuk kunci kenderaan selepas pulang daripada membeli barangan.

Sementara itu, Pasukan Respon Pantas turut memaklumkan, pihak Hospital Kluang menafikan fasiliti hospital lama digunakan bagi menempatkan pesakit bukan COVID-19 dari Hospital Kluang yang baharu.

Selain itu katanya, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor menafikan keadaan wabak COVID-19 di Kuala Selangor semakin parah seperti didakwa satu kenyataan yang dikeluarkan di Mukim Tanjong Karang memetik BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");