Perak Hari Ini

Klinik Kesihatan Manjoi Telah Beroperasi Semula

IPOH: Klinik Kesihatan Manjoi yang telah ditutup sementara waktu telah beroperasi semula pada jam 3.35 petang tadi.

Difahamkan, hasil semakan dengan Pegawai Kesihatan Daerah Kinta, klinik kesihatan itu mula ditutup kira-kira jam 11 pagi.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata penutupan sementara itu dilakukan bagi tujuan langkah-langkah pencegahan melalui dekontaminasi.

Katanya ia susulan terdapat seorang pesakit yang telah datang ke situ pagi tadi yang didapati mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun pada 27 sehingga 8 Mac lalu.

“Pesakit telah memberi sejarah gejala demam tanpa gejala pernafasan. Namun, pemeriksaan klinikal mendapati pesakit tidak demam 36 darjah celsius.

“Setelah merujuk kepada Pakar Perubatan Infeksi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pesakit diklasifikasikan sebagai ‘Patient Under Investigation’ (PUI) B dan telah dihantar ke HRPB untuk siasatan lanjut.

“Klinik Manjoi telah ditutup sementara waktu bagi tujuan langkah pencegahan melalui dekontaminasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah beliau, para pegawai perubatan telah melakukan langkah pencegahan proaktif melalui ‘self-isolation’ sehingga keputusan ujian pesakit PUI B diketahui.

Terdahulu, tular di laman-laman media sosial yang mendakwa Klinik Kesihatan Manjoi terpaksa dihentikan sementara operasi ekoran dakwaan yang mengatakan terdapat pesakit Koronavirus (2019 nCoV) yang terlepas masuk ke dewan di kilik tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");