Berita Hari Ini

KPM Tangguh Semua Program Perhimpunan Ramai

KUALA LUMPUR: Semua program Kementerian Pendidikan (KPM) membabitkan perhimpunan ramai seperti acara sukan dan aktiviti kokurikulum pada bulan ini, ditangguhkan berikutan penularan COVID-19.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan arahan sama dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), semalam.

“Semua warga kementerian diingatkan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) pengawalan penularan jangkitan COVID-19 yang dikeluarkan KKM.

“Warga kementerian juga dinasihatkan menangguh perjalanan ke luar negara, terutama ke wilayah atau bandar sedang mengalami wabak COVID-19, sebagaimana dimaklumkan oleh KKM,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, semua pihak juga perlu mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik pada setiap masa dan sekiranya mengalami gejala jangkitan, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Kebangsaan lapor BHarian.

“Perkembangan terkini jangkitan COVID-19 boleh diperoleh melalui laman web rasmi KKM.

“Kementerian mengambil cakna berhubung penularan COVID-19 dan akan bekerjasama rapat dengan KKM dalam mendepani gejala ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");