Berita Hari Ini

Layak bantuan ERP sekiranya penuhi 5 syarat

KUALA LUMPUR: Peruntukan RM120 juta disediakan menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) bagi membantu majikan dan pekerja yang terkesan dengan penularan COVID-19.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjelaskan bantuan kewangan sementara dengan kadar rata sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan itu akan diberikan kepada pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan.

Antara syarat kelayakan ialah pekerja diberi notis cuti sementara tanpa gaji oleh majikan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2020. Pekerja sektor swasta pula berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO.

“Bantuan hanya terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja dan majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PERKESO berkata, ERP bertujuan membantu majikan yang terjejas akibat COVID-19 sehingga terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka.

Sebarang persoalan berhubung program penyaluran bantuan kewangan sementara berkenaan boleh dirujuk menerusi pekeliling majikan dan senarai soalan lazim di laman web PERKESO yang akan diterbitkan dalam tempoh terdekat.

“Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan 1-300-22-8000 atau kemukakan pertanyaan anda menerusi emel ke [email protected] atau salurkan aduan, pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");