Berita Hari Ini

Lebih Ramai Jadi Penghantar Makanan Ketika PKP

PETALING JAYA: Dua syarikat utama penghantaran makanan menambah jumlah penghantarnya bagi menangani peningkatan permintaan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

Shubham Saran, ketua logistik Foodpanda Malaysia memberitahu FMT, jumlah penghantar syarikat itu meningkat 7.5% dan permohonan kerja naik 37%.

Beliau berkata, syarikatnya mula mengambil sejumlah penghantar baru seminggu sebelum PKP mula dikuatkuasakan.

“Untuk menampung keadaan semasa, kami mengalu-alukan sesiapa saja yang memerlukan peluang pekerjaan sementara menghubungi kami melalui laman pengambilan penghantar kami.”

Jurucakap Grab berkata, syarikat itu memutuskan untuk menggunakan pemandu e-hailingnya menyokong khidmat penghantaran makanan dan barang keperluan.

Katanya, khidmat e-hailing merosot sejak PKP bermula.

“Apabila PKP dikuatkuasakan, keutamaan ialah melihat bagaimana kami boleh memanfaatkan sumber sedia ada.

“Sehingga kini, kami mempunyai berpuluh ribu pemandu di seluruh negara. Ini membolehkan pemandu kami memanfaatkan ekosistem kami bagi menjana pendapatan untuk menyara keluarga mereka,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, peningkatan dalam permintaan untuk penghantaran makanan dan barang runcit serta kekangan terhadap rangkaian penghantaran antara faktor mereka membuat keputusan itu.

Sebelum ini, sesetengah syarikat dilapor mencatatkan lebih 30% lonjakan pesanan sejak PKP dilaksanakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");