Berita Hari Ini

Lencongan Dan Penutupan Beberapa Plaza Tol Dan Lebuh Raya Seluruh Negara

PETALING JAYA: Polis mengarahkan beberapa plaza tol lebuh raya ditutup dengan hanya kenderaan terpilih dibenarkan melepasi sekatan, ketika pihak berkuasa menggiatkan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan Covid-19.

Kenderaan yang tiada kelulusan pihak berkuasa akan diarah membuat pusingan U di beberapa laluan keluar sebelum plaza tol lapor FMT.

Plaza tol terlibat:

1. Plaza Tol Jalan Duta (Km31.3) – kenderaan dilencongkan ke Lorong 1.

Laluan terkesan: Jalan Duta (Km31.2) – Bukit Raja (Km-1.25)

2. Plaza Tol Sungei Besi (Km310.1) – Kenderaan dilencongkan ke Lorong 1 dan Lorong 4.

Laluan terkesan: Sungei Besi (Km310.8) – Seremban (Km263.9)

3. Plaza Tol Skudai (Km14.8) – Semua lorong ditutup.

Laluan terkesan: Seksyen S4, Skudai (Km14.3) – Machap (Km72.0)

4. Plaza Tol Kuala Kangsar (Km241.43) – Hanya kenderaan menuju ke utara dibenarkan masuk.

Laluan terkesan: Changkat Jering (Km219.6) – Ipoh Utara (Km275.0)

5. Plaza Tol Ayer Keroh (Km195.4) – Semua lorong ditutup.

Laluan terkesan: Simpang Ampat (Km216.9) – Pagoh (Km142.7)

6. Plaza Tol Pedas Linggi (Km239.7) – Semua laluan ditutup.

Laluan terkesan: Seremban (Km263.9) – Simpang Ampat (Km216.9)

7. Km327.2 – Ditutup untuk kenderaan menuju ke utara sehingga Persimpangan Bertingkat Tapah (Km326.8).

Laluan terkesan: Ipoh Utara (Km275.0) – Bidor (Km339.3)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");