Perak Hari Ini

‘Lockdown’ Di Hilir Perak Palsu

IPOH- Pejabat Menteri Besar Perak menegaskan bahawa berita mengenai Perintah Berkurung (Lockdown) di Daerah Hilir Perak adalah palsu.

Dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihak pejabat menafikan tentang berita mengenai perintah berkurung di daerah itu yang tersebar melalui aplikasi Whatsapp.

“Pejabat Menteri Besar Perak dengan ini menafikan kandungan mesej-mesej yang tersebar sejak semalam.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak sebarang maklumat yang diterima dengan pihak berkuasa dan tidak menyebarkan berita palsu dan tidak sahih,” katanya.

Bagaimanapun, Daerah Hilir Perak merupakan lokasi kesepuluh yang mencatatkan jumlah taburan kes wabak koronavirus (Covid-19) tertinggi di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");