Berita Hari Ini
Like

Majikan Perlu Buat Tuntutan Program Subsidi Upah

March 28, 2020
492 Views
0 Comments
1 minute read
Majikan Perlu Buat Tuntutan Program Subsidi Upah

KUALA LUMPUR – Majikan perlu membuat tuntutan bagi pihak pekerja untuk pelaksanaan Program Subsidi Upah yang diumumkan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 2020.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dalam satu kenyataan berkata majikan yang menuntut tidak dibenarkan membuang pekerja, memotong gaji mahupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program itu dilaksanakan.

“Bagi mengelak kekeliruan, Program Subsidi Upah merupakan penambahbaikan dan peluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dalam Pakej Rangsangan Ekonomi pertama pada 16 Mac lepas,” katanya, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan PRIHATIN berkata Program Subsidi Upah akan melibatkan bantuan RM600 yang diberi menerusi majikan kepada pekerja swasta berpendapatan RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus, sejak 1 Jan lepas.

Saravanan berkata program itu yang dikuatkuasakan mulai 1 April ini, dijangka memanfaatkan 3.3 juta pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.

Beliau berkata sebarang pertanyaan berhubung program itu boleh dihantar melalui e-mel [email protected] atau facebook.com/perkeso.official.

Komen & Pendapat

Comments are closed.