Perak Hari Ini

Majlis Akad Nikah Dilakukan Di Premis Persendirian Sahaja- JAIPk

IPOH- Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) telah menggariskan panduan supaya setiap pasangan yang ingin bernikah sepanjang tempoh kawalan pergerakan perlu dilaksanakan di premis persendirian sahaja.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin dalam satu kenyataan berkata, perlaksanaan tersebut merujuk kepada situasi peningkatan ancaman wabak koronavirus (Covid-19)

Katanya, JAIPk telah menetapkan tatacara perlaksanaan majlis akad nikah di negeri Perak sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan iaitu bermula esok iaitu 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.

“JAIPk dengan ini memutuskan untuk menetapkan arahan tatacara bagi pelaksanaan Majlis Akad Nikah di Negeri Perak berkuatkuasa serta-merta dari tarikh arahan tempoh perintah kawalan pergerakan dikeluarkan.

“Majlis Akad Nikah hendaklah dilaksanakan di premis persendirian dan tidak dibenarkan untuk dilaksanakan di tempat awam seperti Masjid, Surau, Dewan atau tempat-tempat awam yang lain,” katanya.

Tambah beliau, tempoh waktu pelaksanaan majlis juga hendaklah dipendekkan iaitu tidak melebihi 30 minit.

“Majlis tersebut hendaklah hanya boleh dihadiri oleh, seorang jurunikah, dua orang saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan seorang wali.

“Majlis tersebut hendaklah dibatalkan jika sekiranya mana-mana pihak yang terlibat dengan majlis telah disahkan atau disyaki jangkitan Covid-19,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");