Berita Hari Ini

Malaysia Sambut Baik Perbicaraan Empat Suspek Tembak MH17

PUTRAJAYA – Malaysia menyambut baik perbicaraan terhadap empat suspek kes menembak jatuh pesawat MH17 Malaysia Airlines di Mahkamah Daerah The Hague, di Belanda yang bermula esok.

Wisma Putra berkata, langkah itu amat penting dalam usaha untuk mengetahui kebenaran dan memberikan keadilan kepada mangsa tragedi pesawat MH17 yang berlaku pada 17 Julai 2014.

“Dengan bermulanya perbicaraan di mahkamah, kita diingatkan akan tragedi tidak berperikemanusiaan yang meragut nyawa 298 orang termasuk 43 penumpang dan kru pesawat MH17 yang merupakan rakyat Malaysia,” katanya, lapor Bernama.

Menurut kementerian itu, Malaysia menekankan betapa pentingnya proses yang berwibawa dan telus berdasarkan kedaulatan undang-undang dalam menegakkan keadilan.

“Sebagai ahli Pasukan Jawatankuasa Bersama (JIT), Malaysia kekal komited terhadap proses kehakiman dan penyiasatan.

“Malaysia menggesa semua negara dan pelakunya untuk memberikan kerjasama penuh dalam penyiasatan menurut Resolusi 2166 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2014),” katanya.

Wisma Putra berkata Malaysia akan memantau rapat prosiding mahkamah itu nanti.

“Ingatan dan doa kami sentiasa bersama-sama mangsa dan keluarga serta orang tersayang mereka yang bersedih,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");