Berita Hari Ini

Maszlee Malik Sebak Lihat Simpang Renggam, Harap Penduduk Tenang Dan Ikuti Arahan Pihak Berkuasa

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik tidak dapat menahan sebak apabila 61 penduduk di dua kawasan di situ disahkan positif COVID-19, lapor Awani.

Dalam temu bual di Astro AWANI melalui Skype pada Jumaat, Maszlee menyatakan kesedihan mengenangkan nasib rakyat di kawasannya yang terpaksa berdepan dugaan mencabar.

“Bersamalah kita berdiri sebagai satu keluarga besar Simpang Renggam untuk menghadapi ujian getir ini.

“Kepada rakyat Malaysia secara amnya, bersama kita doakan dan berikan semangat kepada kedua-dua kampung ini, pray for Simpang Renggam,” kata beliau dalam keadaan sebak.

Susulan kes jangkitan COVID-19 di dua kawasan melibatkan Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerak Diperketatkan (PKPD) bermula 27 Mac hingga 9 April depan.

Ketika ini, jelas beliau, tiada siapa individu dibenarkan keluar dan masuk ke kawasan berkenaan melainkan pihak berkuasa.

Maszlee turut meminta penduduk supaya bertenang dan perlu mengikuti arahan pihak berkuasa serta kekal berada di rumah sepanjang perintah berkenaan.

“Diharap anda dapat mematuhi arahan yang telah diberikan. Janganlah langgar perintah untuk bebaikan bersama.”

“Kepada rakyat Simpang Renggam, beri kerjasama dengan pihak berkuasa,” kata Dr Mazlee.

Pihaknya juga akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya bagi melancarkan usaha PKPD dapat berjalan lancar.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan susulan jumlah jangkitan positif COVID-19 yang tinggi di daerah Kluang dengan 83 kes, 61 daripadanya dari dua kawasan terjejas.

Perintah PKPD itu membabitkan 3,570 orang penduduk tempatan terdiri daripada 650 keluarga.

Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Sumber: Astro Awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");