Perak Hari Ini

MB Perak Letak Jawatan, Bersatu Calonkan Ahmad Faizal

IPOH: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysi (Bersatu) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan beliau telah menghantar surat perletakan jawatan Menteri Besar Perak.

Katanya, beliau telah menyembahkan surat berkenaan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika menghadap Baginda hari ini.

“Saya telah memaklumkan kepada Baginda yang mana Bersatu, Umno dan Pas Perak telah bersepakat untuk mengadakan gabungan dan kami telah mendapat majoriti seramai 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk menubuhkan kerajaan baru.

“Saya telah memaklumkan bahawa apabila Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH), maka tergugurlah kerajaan PH di Perak.

“Maka selari dengan perkara itu, saya sudah persembahkan kepada Baginda warkah perletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar dan memaklumkan perlucutan jawatan Exco Kerajaan Negeri serta merta,” katanya.

Tambahnya lagi beliau menyerahkan kepada Sultan Perak bagi memperkenankan mana-mana Adun bagi melantik seorang Menteri Besar baharu dan seterusnya dapat melantik barisan Exco yang baharu.

Beliau ditemui pemberita selepas selesai menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, dekat sini hari ini.

Adun Chenderiang itu terdahulu tiba di Istana Kinta pada jam 9.10 pagi tadi selesai dan keluar dengan menaiki kenderaan peribadinya pada jam 10.35 pagi.

Dalam pada itu kata beliau, Bersatu Perak telah mencalonkan kembali namanya untuk menjadi Menteri Besar bagi kerajaan negeri yang baharu nanti.

“Bersatu telah mencalokan saya sebagai Menteri Besar Perak,” katanya.

Beliau turut diminta mengulas tentang tiga Adun iaitu, Adun Tronoh Paul Yong dan Adun Buntong A Sivasubramaniam dari DAP, dan Adun Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dari Amanah yang telah mengisytiharkan diri sebagai Adun bebas dan menyokong kepimpinan beliau.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kepada mereka bertiga dan saya akan bekerjasama dengan mereka dalam apa juga kapasiti saya,” ujar beliau.

Semalam, Perikatan Nasional Perak mengumumkan membentuk Kerajaan Perak yang baharu selepas berjaya memperoleh sokongan majoriti 32 Adun.

Ahmad Faizal mengumumkan Adun Bersatu) mahu bergabung Adun UMNO dan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Perak.

Justeru Ia merangkumi 25 Adun UMNO, empat Bersatu dan tiga dari Pas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");