Perak Hari Ini

MBI Buka Bilik Gerakan Covid-19

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan membuka bilik gerakan kepada orang ramai khususnya kepada para peniaga dan penjaja yang mempunyai kekeliruan susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam satu kenyataan, dimaklumkan bahawa ‘Bilik Gerakan Covid-19’ itu akan dibuka bermula esok sehingga 31 Mac ini dan beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang.

“Selain itu, warga kota Ipoh boleh menggunakan saluran telefon di talian hotline 05-2551515 untuk sebarang maklumat lanjut.

“Warga kota Ipoh juga boleh menggunakan saluran media sosial MBI iaitu whatsapp di talian 019-5503083 serta facebook, twitter dan youtube,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu MBI memaklumkan bahawa pasar awam di seluruh Bandaraya Ipoh masih boleh terus beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Walau bagaimanapun pasar malam dan pasar tani ditutup operasi selaras dengan arahan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");