Perak Hari Ini

MBI Jalankan Aktiviti Disinfeksi Di Terminal Meru Raya

IPOH: Seramai lapan petugas dan dua pegawai Unit Vektor dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjalankan aktiviti disinfeksi di Terminal Meru Raya, dekat sini, pagi tadi.

Menurut satu kenyataan, aktiviti disinfeksi itu telah dijalankan di bahagian balai ketibaan di tingkat satu dan keseluruhan tingkat bawah terminal tersebut yang dianggarkan berkeluasan 100,000 kaki persegi.

Katanya lagi, kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan seumpama itu akan diteruskan sehingga 31 Mac ini selain melibatkan beberapa lokasi lain antaranya semua medan selera, pasar awam, taman rekreasi di sekitar Bandaraya Ipoh.

“Proses disinfeksi dan pembersihan ini merupakan antara langkah yang diambil MBI untuk memastikan tahap kebersihan dalam keadaan baik.

“Selain itu ia juga sebagai usaha dalam membendung dan mengawal penularan wabak Covid-19 di kawasan-kawasan awam yang berisiko untuk terdedah kepada penyebaran wabak ini.

“Semoga usaha dan inisiatif ini dapat membantu mengawal penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini,” tambah kenyataan itu lagi.

Dalam kenyataan berasingan, MBI memaklumkan pengunjung di tujuh pasar di sekitar Bandaraya Ipoh pada hari ini mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan mengamalkan jarak sosial.

Pasar tersebut ialah Pasar Tanjung Rambutan, Pasar Tambun, Pasar Gunung Rapat, Pasar Besar Ipoh, Pasar Pasir Pinji, Pasar Bercham, Pasar Kampung Simee dan Pasar Buntong.

Difahamkan, sepasukan petugas MBI telah ditempatkan di pasar-pasar tersebut bagi membantu anggota Polis dan Rela yang ditempatkan di situ.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");