Berita Hari Ini

Menteri: Kerajaan bersiap untuk fasa mitigasi, pusat kuarantin dikenal pasti

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini berkata kerajaan sedang bersiap untuk fasa mitigasi bagi berdepan penularan Covid-19.

“Memandangkan situasi semasa, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa kita sudah masuk fasa pembendungan akhir.

“Dalam fasa pembendungan akhir, ia bagi membendung penularan Covid-19 daripada menjadi lebih serius.

“Pada masa sama, Kementerian Kesihatan juga membuat persiapan untuk memasuki fasa mitigasi,” katanya.

Dr Adham sebelum ini menjelaskan bahawa terdapat empat fasa iaitu, fasa onset, fasa pembendungan awal, fasa pembendungan akhir, dan fasa mitigasi.

Semalam, beliau berkata Malaysia sudah memasuki fasa “pembendungan akhir” berikutan 190 kes baru Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 428 kes.

Hari ini, 125 lagi kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 553 kes.

Antara langkah yang diambil untuk mempersiapkan peringkat mitigasi adalah seperti berikut:

1) Menjadikan Hospital Sungai Buloh sebagai hospital khas untuk kes positif Covid-19.

2) Meningkatkan kapasiti dan keupayaan makmal untuk mengesan jangkitan Covid-19.

3) Kenal pasti pusat kuarantin di seluruh negara

4) Bekerjasama dengan NGO dan fasiliti swasta untuk menguruskan kes-kes Covid-19

Untuk rekod, mitigasi merujuk kepada langkah-langkah yang diambil apabila pihak berkuasa kesihatan percaya bahawa mereka tidak lagi boleh membendung wabak itu dan sebaliknya akan cuba mengurangkan kesan.

Ini bermakna tujuannya adalah untuk memastikan bilangan kes baru tidak akan meningkat dengan cepat yang boleh menyebabkan hospital tidak dapat menampung jumlah pesakit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");