Berita Hari Ini

Menteri: Majikan mesti bayar gaji sehingga 31 Mac

Pekerja berhak mendapat gaji mereka sepanjang perintah kawalan pergerakan yang akan berakhir pada 31 Mac, kata Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

“Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, majikan perlu membayar pekerja gaji dan elaun yang berkaitan, kecuali elaun yang berkaitan dengan kehadiran atau perjalanan,” kata Saravanan.

Beliau menyampaikan mesej demikian kepada Malaysiakini dalam bentuk grafik, dan mengesahkan ia adalah benar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin juga mengulang tweet yang mengandungi grafik yang sama, dengan mengatakan ia merupakan kenyataan menteri berkenaan.

Saravanan dalam satu lagi grafik menerusi tweet berkenaan menyatakan majikan tidak boleh memaksa pekerja menggunakan cuti tahunan atau bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Kenyataan Saravanan itu adalah sama dengan panduan soalan lazim (FAQ) Jabatan Buruh yang telah tersebar di media sosial sejak semalam.

Satu sumber jabatan itu memberitahu Malaysiakini bahawa FAQ itu adalah tulen, tetapi terdapat beberapa perubahan.

FAQ itu belum dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja.

Menurut salinan FAQ yang dilihat Malaysiakini, ia mengatakan pekerja berhak mendapat gaji penuh sepanjang tempoh sekatan itu, walaupun tidak bekerja.

Bagaimanapun, Majlis Keselamatan Negara melalui saluran Telegram rasminya sebelum ini berkata mesej mengatakan “majikan mempunyai kewajiban membayar gaji penuh untuk tempoh sepanjang 18-30 Mac 2020” adalah palsu.

Di bawah perintah kawalan pergerakan, hanya perkhidmatan awam dan swasta yang penting sahaja dibenarkan dibuka.

MKN juga mengumumkan pengecualian untuk beberapa industri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");