Panasnya Hari Ini

Mereka Desak Saya Minta Maaf, Kenapa? – Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid  Sama mengakui beliau diserang semasa di Terengganu kerana menyebut “Hj Hadi tak centre”.

Mempertahankan kata-katanya itu, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, beliau menyebut sebegitu kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berbangga kerajaan Perikatan Nasional masuk melalui bumbung.

“Dikatakan “hina tok guru mereka” Mereka desak saya minta maaf. Kenapa?” soalnya dalam ciapan di laman Twitter.

Menulis lanjut, Khalid yang membuat laporan polis kerana telah berhadapan dengan provokasi selepas berceramah di Terengganu semalam berkata, adalah tidak bermaruah  masuk ikut bumbung.

Beliau merujuk kenyataan Abdul Hadi baru-baru ini yang menidakkan tuduhan pembangkang bahawa runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan adalah disebabkan tindakan UMNO dan Pas bersekongkol dengan sebahagian pemimpin Bersatu dan PKR sehingga terbentuknya kerajaan pintu belakang.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, tindakan Pas adalah berikutan keputusan Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri dan sokongan parti itu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kerana mahu menyelamatkan keadaan.

Terdahulu dalam ciapannya, Khalid berkata, bukan semua orang Pantai Timur tidak bertamadun seperti puak-puak yang mengecamnya.

“Alhamdulillah kebanyakan berakhlak mulia. Matlamat perjalanan dan program tercapai.

“InsyaAllah akan ke Terengganu dan Kelantan lagi dengan membawa mesej Islam Rahmat seluruh alam. Bukan Islam samseng ala Taliban,” katanya. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");