Perak Hari Ini

Mimbar Nusantara Edar Bantuan Makanan Kepada 60 Keluarga Memerlukan

IPOH: Prihatin dengan nasib golongan yang terkesan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Syarikat Mimbar Nusantara Holdings (Mimbar Nusantara) telah mengagihkan barangan makanan asas kepada 60 keluarga di sekitar Chemor, di sini.

Menurut satu kenyataan oleh syarikat tersebut, antara kawasan yang terlibat ialah seperti Chemor Idaman, Kampung Pisang Chemor, Kanthan Baru, Kampung tersusun Batu 10 Chemor, Taman Meru dan Meru 2B, Taman Malar, Kampung Baru Tanah Hitam, Kampung Baru Kuala Kuang, Klebang Putra, Klebang Jaya dan Klebang Prima.

“Sumbangan makanan ini diberikan kepada 60 keluarga berbilang kaum. Penyampaian Sumbangan ini disempurnakan Pengarah Urusan Mimbar Nusantara Group, Nazrin Cheong.

“Terima kasih dengan kerjasama pemimpin-pemimpin (organisasi bukan kerajaan) NGO yang turut hadir di setiap kawasan ini,” kata kenyataan itu.

 

Nazrin ketika dihubungi berkata antara barangan yang disumbangkan adalah seperti beras, tepung gandum, gula, kicap, mi kering, cili sos, minyak masak dan biskut.

Jelasnya lagi, bantuan diagihkan pada Rabu sehingga Jumaat baru-baru ini.

Pada masa sama katanya lagi sumbangan sama turut dihulurkan kepada anggota polis di Balai Polis Chemor, Balai Polis Tanah Hitam, Balai Polis Kanthan Baru dan Balai Polis Kuala Kuang.

“Ini merupakan satu tanda penghargaan kepada frontliner atau petugas di barisan hadapan, khususnya anggota polis yang menjaga keselamatan dan keamanan komuniti di sini.

“Saya doakan agar frontliners kita ini sentiasa selamat dan dipermudahkan segala urusan kerja dalam tempoh memerangi Covid-19 ini,” kata beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");