Perak Hari Ini

Mohon Kerajaan Lebih Prihatin: Hotel Bajet Perak Kian Tenat

IPOH- Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Negeri Perak mengesa pihak kerajaan agar lebih prihatin terhadap usaha membantu pengusaha-pengusaha hotel bajet untuk terus bertahan dalam mengharungi cabaran akibat penularan wabak koronavirus (COVID 19).

Pengerusinya, Zamari Muhyi berkata, hotel bajet di negeri ini antara industri yang paling terkesan akibat daripada Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP).

“MyBHA menyambut baik dan berterima kasih terhadap usaha Kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan namum MyBHA rasa kecewa dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang kurang prihatin kepada Industri Perhotelan,” katanya.

Katanya, pihak MyBHA negeri ini meminta agar pihak kerajaan dapat mengkaji semula PRIHATIN bagi Industri Pelancongan sahaja yang telah terjejas dan kian tenat akibat wabak Covid-19.

“Kami harap pihak kerajaan mengkaji semula dan mengeluarkan suatu Pakej Rangsangan Khas bagi Industri Pelancongan sahaja yang telah terjejas sebelum penularan Wabak Covid-19 di Malaysia pada akhir Tahun 2019.

“Perkara ini akan mengambil masa yang lama untuk kembali kukuh walaupun Wabak COVID-19 telah berjaya dihapuskan,” katanya.

Terdahulu, kata Presiden MyBHA Emmy Suraya Hussein, pengusaha hotel terpaksa menanggung kos operasi serta membuat bayaran gaji walaupun perniagaan mereka tidak menerima sebarang pendapatan.

“Perkara ini menyebabkan mereka terpaksa mengambil langkah menghentikan perniagaan sementara menunggu keadaan kembali pulih, sekali gus menyebabkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");