Membawang Hari Ini

“Mohonlah Bantuan Macam Rakyat Biasa Yang Lain, Perlu Ke Ada Dana Spesifik?”

Baru-baru ini kecoh diperkatakan apabila ada segelintir artis meluahkan pendapat apabila ada di antara penggiat seni terjejas apabila terpaksa menghentikan segala aktiviti hiburan susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Isu tersebut turut mendapat perhatian artis lain yang membincangkan perkara berkenaan termasuk Nabil Ahmad yang mengatakan luahan Black Hanifah dan Tomok bukanlah untuk diri mereka tetapi tetapi penggiat seni lain serta kru-kru yang terlibat dengan industri hiburan yang terkesan akibat PKP.

Nabil turut memberikan contoh dimana minggu lalu kumpulan Caliph Buskers tiada di rancangan MeleTOP dan tertanya-tanya bagaimana mereka mahu meneruskan kehidupan tanpa sumber pendapatan.

Malah, Nabil berkata apa yang dibimbangkan adalah mereka yang bekerja di belakang tabir dan pelakon tambahan kerana tiada siapa yang membantu.

Dalam pada itu, Nabil turut mengharapkan agar Persatuan Seniman meminta bantuan atau peruntukan daripada pihak kerajaan bagi membantu penggiat seni yang terjejas sepanjang tempoh kuarantin ini.

Perkara yang suarakan Nabil itu menjadi bualan ramai netizen. Malah ada yang mempersoalkan perlukah ada dana khas kerana jika ada yang layak boleh sahaja memohon bantuan seperti rakyat biasa.

Dalam pada itu, netizen turut menjelaskan mengenai bantuan yang diberikan oleh kerajaan dimana jika artis atau kru-kru dimana isi pendapatan bawah RM8,000 akan menerima bantuan. Malah, jika mereka masih bujang, tetap akan mendapat bantuan.

Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan adakah artis bukan rakyat Malysia sedangkan Perdana Menteri sudah menyatakan bahawa bantuan itu adalah untuk semua rakyat sehingga mahukan bantuan khusus untuk mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");