Perak Hari Ini

MPT Dan Pihak Berkuasa Terus Pantau Situasi Pasar Awam

IPOH- Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan RELA telah menjalankan aktiviti pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pasar- pasar Awam Taiping.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir berkata pihaknya menjalankan pemantauan bermula jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi pada, hari ini.

Menurut satu kenyataan, pasar awam yang terlibat adalah Pasar Taiping, Plaza Perbandaran Taiping, Pasar Kamunting, Pasar Simpang, dan Pasar Aulong.

“Orang awam diarahkan mematuhi beberapa syarat iaitu semua pembeli mengamalkan ‘Social Distancing’ dengan beratur dan menjarakkan diri antara satu sama lain sejauh satu meter (minima).

“Semua pembeli dibenarkan masuk ke pasar untuk tempoh 15 minit untuk membeli barangan keperluan sahaja dan hanya seorang wakil bagi setiap keluarga yang dibenarkan masuk untuk pembelian keperluan,” katanya.

Menurut beliau, semua pembeli dan peniaga juga dinasihatkan memakai topeng muka ‘face mask’ serta menggunakan ‘hand sanitizer’ atau sarung tangan.

“Orang awam juga dilarang berkumpul dan sila tinggalkan pasar dengan segera selepas selesai urusan pembelian,” katanya.

Sementara itu, beliau juga berharap agar masyarakat dapat menghargai pengorbanan pihak berkuasa.

“Hargailah pengorbanan anggota yang bertugas menggalas tanggungjawab serta melaksanakan amanah ini demi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan warga Taiping,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");