Berita Hari Ini

Najib Saran Kerajaan PN Guna Pendekatan ‘Cash Is King’

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menggunakan pendekatan “cash is king” bagi menyelamat ekonomi negara ketika krisis Covid-19, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata, satu persatu negara dalam dunia kini sedang menggunakan pendekatan berkenaan bagi menyelamatkan ekonomi negara mereka.

“Satu persatu negara dalam dunia sedang menggunakan pendekatan “cash is king” untuk menyelamatkan ekonomi mereka dari krisis Covid.

“Kita juga harap kerajaan PN juga akan menggunakan cara yang sama pada skala yang paling besar mungkin dalam pakej rangsangan ekonomi tambahan hari ini untuk memastikan kelangsungan hidup Rakyat dan ekonomi dipelihara dalam keadaan negara yang susah sekarang.

“Dan bantuan ini mesti mesti dipercepatkan,” tulis Najib dalam satu hantaran di Facebooknya, pagi ini.

Menurut Najib lagi kerajaan tidak perlu bimbang untuk menggunakan rizab negara dan boleh membina semula kekayaan negara selepas krisis Covid-19 berakhir.

“Inilah maksud sebenar ‘cash is king’ yang sebelum ini pernah diputarbelit dan dihina oleh Pakatan Harapan (PH)berulang kali sebelum PRU1-4,” katanya sambil berharap kerajaan PN akan menggunakan rizab dan kekayaan itu dengan sebaik-baiknya.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan pakej ransangan ekonomi yang lebih menyeluruh bagi membantu rakyat pelbagai peringkat yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Pengumuman yang dibuat oleh perdana menteri dijangka akan memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat.

Pelbagai bentuk bantuan juga dijangka akan diumumkan perdana menteri bagi membantu rakyat.

Muhyiddin ketika menyampaikan perutusannya baru-baru ini memberi jaminan semua lapisan masyarakat termasuk penjaja, pemandu Grab, pekerja harian mahupun penjual nasi lemak akan mendapat tempias pakej rasangan ekonomi yang diumumkannya.

Malaysia melanjutkan perintah kawalan pergerakan yang sepatutnya berakhir 31 Mac ini kepada 14 April bagi memutuskan penularan wabak Covid-19 memetik MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");