Membawang Hari Ini

Netizen Kecam Tomok Harap Kerajaan Bantu Anak Seni

Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini turut memberi kesan kepada pengiat seni tanah air. Perkara itu turut diakui oleh Tomok bahawa ‘periuk nasi’ mereka turut terjejas apabila segala aktiviti serta persembahan terpaksa ditangguhkan.

Sependapat dengan Black Hanifah, Tomok berharap agar pihak kerajaan tidak terlepas pandang agar memberikan bantuan sepatutnya kepada golongan artis yang kurang bernasib baik serta berdepan kesempitan hidup.

“Golongan anak seni juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan hebat ini di mana segala aktiviti seni kami tidak kira penyanyi,pelakon,pemuzik,krew penerbitan,produksi drama atau filem semuanya terjejas,ditunda atau terpaksa di batalkan.

“Ianya memberikan impak yang besar pada mereka..di mana kebanyakan anak seni dan penggiat seni ini menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, perkongsian Tomok itu mengundang kritikan dan kecaman netizen yang berpendapat kerajaan perlu mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan lebih-lebih lagi peniaga-peniaga kecil yang bergantung pada gaji harian.

Malah netizen turut mengatakan artis sudah ada banyak wang dan sering mempamerkan kehidupan mewah. Tidak kurang juga ada yang mepersoalkan kemanakah duit mereka pergi sedangkan miliki rumah besar dan kereta mewah.

Dalam pada itu, ada yang memahami kesusahan yang dialami oleh penggiat seni mencadangkan agar Tomok memohon bantuan daripada persatuan penggiat seni atau mungkin boleh lancarkan tabung derma untuk membantu artis yang kurang berkemampuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");