Berita Hari Ini

Operasi PKP: 28 Ditahan, 46 Kes Disiasat

PUTRAJAYA: Seramai 28 orang ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam dalam operasi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, polis juga membuka sebanyak 46 kertas siasatan berkaitan kegagalan orang awam mematuhi arahan PKP.

“Sehingga kini, 695 laporan polis dibuat, 46 kes disiasat dan seramai 28 orang ditahan,” katanya dalam sidang media di sini pada Selasa, lapor Astro Awani.

Beliau memberi amaran, polis bukan sahaja memberi nasihat dalam menguatkuasakan PKP sebaliknya mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang bagi mereka yang masih berdegil.

“Saya pernah menyeru agar jangan sampai berlaku tindakan undang-undang oleh polis sebelum ini.

“Apa yang dilakukan kerajaan dan pihak berkuasa adalah sebab nak menjaga keselamatan diri dan keluarga,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu.

Setakat ini, 85 kes berada dalam siasatan manakala enam lagi sudah dituduh di mahkamah susulan penyebaran berita tidak benar berkaitan COVID-19.

“Jadi, siapa gemar siarkan berita palsu, kongsi berita palsu, diharap hentikan perbuatan itu sebab SKMM akan ambil tindakan tegas kepada mereka,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");