Berita Hari Ini

Pandemik ‘boleh berakhir menjelang Jun’ jika semua negara bertindak

Pandemik koronavirus global boleh berakhir menjelang bulan Jun jika semua negara bersatu untuk membendungnya, kata seorang penasihat kanan perubatan China, pada Khamis, lalu.

Beijing pada masa yang sama mengumumkan kemuncak wabak itu di negara berkenaan telah berlalu dan kes-kes baru di Hubei buat kali pertama jatuh kepada hanya angka tunggal.

Sekitar dua pertiga daripada kes-kes global koronavirus telah direkodkan di Hubei China, di mana virus itu pertama kali muncul pada bulan Disember lalu. Tetapi dalam beberapa minggu kebelakangan ini kebanyakan kes baru dicatatkan di luar China.

Bagi pihak berkuasa China, kejayaan itu adalah berdasarkan langkah-langkah ketat yang telah diambil, termasuk meletakkan Hubei dalam kurungan sepenuhnya, dan menghalangnya daripada merebak ke bandar-bandar lain.

“Secara umum, kemuncak wabak itu di China sudah berlalu,” kata Mi Feng, jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

“Peningkatan kes baru juga sudah berkurangan.”

Zhong Nanshan, penasihat perubatan kanan kerajaan, memberitahu pemberita bahawa selagi negara mengambil secara serius penularan wabak itu dan bersedia mengambil langkah-langkah ketat, ini boleh dibendung di seluruh dunia dalam masa beberapa bulan.

“Nasihat saya, saya gesa semua negara untuk mematuhi arahan WHO dan terbabit secara besar-besaran.

“Sekiranya semua negara dapat bersatu dan bersama membendungnya, ini boleh berakhir pada bulan Jun,” katanya.

Sementara itu, stesyen televisyen negara China memetik Presiden Xi Jinping menyatakan keyakinan itu ketika bercakap dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.

“Selepas usaha keras, China telah menunjukkan trend peningkatan berterusan dalam pencegahan dan kawalan wabak,” kata Xi dalam laporan itu.

“Saya yakin rakyat China akan dapat mengatasi wabak ini dan mencapai matlamat pembangunan ekonomi dan sosial yang disasarkan.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");