Panasnya Hari Ini

PAS Tangguh Muktamar

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung dan Muktamar PAS ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan, selaras ketetapan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Menurut BH Online, mengumumkan perkara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, menjelaskan parti berkenaan turut membatalkan semua program awam berbentuk perhimpunan dan ceramah, sejak pertengahan bulan lalu.

“PAS menyokong penuh segala langkah Kerajaan Persekutuan menangani isu COVID-19 yang sedang serius dihadapi negara sekarang.

“Oleh itu, semua ahli PAS wajib mematuhi segala arahan pihak berkuasa atas dasar kepatuhan agama, bukan hanya setakat akur pada undang-undang dan moral semata-mata,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata 130 kes baharu positif COVID-19 direkodkan, setakat jam 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 1,030 kes dalam negara.

Berdasarkan siasatan awal, sebanyak 48 kes daripada 130 kes baharu yang dilaporkan adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Susulan penularan COVID-19, Takiyuddin menggesa semua rakyat di negara ini untuk akur dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan berdasarkan undang-undang serta peraturan berkaitan.

“Dengan mematuhi arahan tinggal di rumah dan menjaga kesihatan diri serta persekitaran, insya-Allah wabak COVID-19 akan dapat diatasi sebaiknya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");