Berita Hari Ini

Pasar Raya Besar Buka Operasi Lebih Awal Untuk Warga Emas, OKU

KUALA LUMPUR – Pasar raya besar Mydin akan membuka operasi mereka setengah jam lebih awal bermula esok bagi warga emas dan orang kurang upaya susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung penularan COVID-19.

Mydin Mohamed Holdings Bhd dalam hantaran di laman Facebooknya berkata pasar raya besar itu akan dibuka bermula pukul 7.30 pagi dan lorong pembayaran khas akan disediakan bagi kumpulan tersebut.

“Kakitangan juga akan bersiap sedia bagi membantu golongan istimewa ini,” kata pasar raya itu, lapor Bernama.

Sementara itu, Jaya Grocer juga akan membuka operasinya setengah jam lebih awal setiap hari bagi pelanggan warga emas dan penjaga mereka bermula esok sehingga 31 Mac.

“Kami memperkenalkan waktu operasi khas bermula dari pukul 9.30 pagi di semua cawangan bagi pelanggan warga emas dan penjaga mereka.

“Inisiatif ini adalah untuk memastikan mereka yang memerlukan boleh membeli barangan keperluan harian mereka dalam persekitaran yang selamat tanpa sebarang kebimbangan,” kata pasar raya itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");