Sukan Hari Ini

Pawi Sumbang 1,000 ‘Hand Sanitizer’

KUALA LUMPUR: Tidak cukup dengan pemotongan gaji dan sumbangan kepada Tabung Bencana Negeri Johor, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus tampil dengan usaha murni dalam memerangi wabak COVID-19.

Terbaru, menurut BH Online, pemain skuad Harimau Selatan, Safawi Rasid mengambil inisiatif dengan menyumbangkan 1,000 botol ‘hand sanitizer’ atau cecair basmi kuman untuk membantu barisan hadapan yang bertugas.

Perkembangan itu dapat disaksikan menerusi laman rasmi pasukan itu, Johor Southern Tigers, hari ini.

“Pemain JDT, Safawi Rasid menyumbangkan 1,000 botol ‘hand sanitiser’ kepada KPJ Johor bagi membantu memerangi penularan pandemik Covid-19 yang sedang merebak.

“Dipengaruhi keprihatinan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberi sumbangan berupa wang serta barangan kepada pelbagai pihak di Johor yang terjejas oleh wabak ini, pemain JDT sebelum ini turut bersetuju mendermakan sebahagian daripada gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

“Pemain, jurulatih dan kakitangan JDT juga bersetuju dengan pemotongan gaji 33 peratus sekali gus menerima pujian daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL),” kata pasukan itu menerusi satu kenyataan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");