Sukan Hari Ini

Pemain Masuk Padang Pakai Topeng Hidung Dan Mulut

LONDON: Pemain kelab Brazil, Gremio memasuki padang dengan memakai topeng hidung dan mulut sebagai tanda protes selepas terpaksa beraksi biarpun penularan COVID-19 semakin meningkat di seluruh dunia.

Saingan Liga Brazil antara salah satu daripada beberapa liga di seluruh dunia yang tetap diteruskan biarpun kebimbangan mula menyelubungi susulan penularan wabak berkenaan.

Tiada penonton dibenarkan memasuki stadium tetapi belum ada perancangan untuk menangguhkan saingan liga.

Disebabkan itu, pemain Gremio terus memberikan tekanan kepada pihak berkuasa untuk menangguhkan saingan liga dengan memasuki padang memakai topeng hidung dan mulut ketika menentang Sao Luiz.

Kesebelasan pemain, diketuai pengurus, Renato Portaluppi, masuk ke padang dan berbaris untuk sesi bergambar dengan memakai topeng hidung dan mulut berwarna putih sebelum menanggalkannya untuk memulakan perlawanan.

Pada aksi itu, Gremio melakar kemenangan 3-2.

“Protes yang ditunjukkan pemain dengan memakai topeng hidung dan mulut ketika memasuki padang perlu dipandang serius yang mana ia sebagai tanda mereka mahu saingan ditangguhkan,” kata Pengarah Bola Sepak Gremio, Paulo Luz.

Protes itu hadir selepas pemain dan kelab di seluruh benua Amerika Selatan tidak senang dengan keputusan yang dibuat pihak berkuasa untuk meneruskan saingan liga tetapi dilangsungkan secara tertutup. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");