Perak Hari Ini

Pengumuman Pekej Rangsangan Amat Baik- MB Perak

IPOH- Kerajaan Perak berharap agar semua pihak berpuas hati dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pengumuman ini adalah bukti tanggungjwab kerajaan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan sedia ada.

“Pentadbiran Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Perak merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri di atas pengumuman Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat bagi menangani wabak COVID-19.

“Dalam krisis wabak COVID-19 ini, Kerajaan Persekutuan has step-up to the challenge (membuktikan kewibawaan) bagi membuktikan pentadbiran pusat adalah kerajaan yang amat-amat prihatin dan pakej ransangan yang diumumkan amat menyeluruh, di mana kita dapati tiada pihak tercicir.

“Paling menarik perhatian adalah tanggungjawab bersama, hasil kepimpinan Perdana Menteri dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan sedia ada, membolehkan pelbagai pihak menggembleng tenaga,” katanya.

Tambah beliau, dengan usaha sama ini, semua pihak dapat berganding bahu dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat sepanjang penularan wabak ini.

“Pihak bank, pihak swasta, semua pihak bergabung membolehkan pakej rangsangan amat baik dapat dihasilkan.

“Semua pihak patut bersyukur dengan pakej rangsangan yang amat baik dan In shaa Allah kita bina semula negara kita jadi amat kuat satu hari nanti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");