Perak Hari Ini

Pengunjung Pasar Awam Batu Gajah Patuh Arahan

BATU GAJAH: Selain tidak ada sebarang kejadian tidak diingini, kesemua pengunjung di Pasar Awam Batu Gajah, dekat sini mematuhi garis paduan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata para rata-rata para pengunjung juga didapati memakai topeng muka dan mengamalkan jarak sosial.

Mengulas lanjut katanya seramai 10 anggota polis telah ditempatkan di Pasar Awam Batu Gajah dalam penugasan polis ke atas Perintah Kawalan Pergerakan di situ.

“Penugasan itu bagi memastikan pelaksanaan urusan jual beli di Pasar Awam Batu Gajah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dan kerajaan.

“Penugasan itu juga bagi memastikan had minimum keberadaan pembeli di dalam pasar bagi urusan pembelian iaitu seramai 30 orang sahaja pada satu-satu masa dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 

Terdahulu, Yang Dipertua MDBG, Mohamad Razif Ramli memaklumkan mulai hari ini, hanya 30 orang pengunjung sahaja yang dibenarkan memasuki ke dalam Pasar Awam Batu Gajah.

Manakala setiap pengunjung diberikan tempoh masa 15 minit untuk menjalankan urusan jual beli.

“Untuk masuk ke Pasar Awam Batu Gajah, hanya satu pintu sahaja di buka. Iaitu melalui persimpangan Jalan Gopeng. Ini kerana laluan lain akan ditutup MDBG,” katanya.

MDBG dalam satu kenyataan di laman Facebook turut menyebut waktu operasi Pasar Awam Batu Gajah juga dihadkan bermula jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari.

Menurut kenyataan itu lagi, selain pembeli dan peniaga diminta untuk mengamalkan jarak sosial, hanya dua peniaga sahaja dibenarkan untuk berada di setiap meja jualan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");