Berita Hari Ini
Like

Penutup Mulut Dan Hidung Tak Boleh Dieksport

March 21, 2020
188 Views
0 Comments
1 minute read
Penutup Mulut Dan Hidung Tak Boleh Dieksport

KUALA LUMPUR: Kerajaan mewartakan larangan eksport penutup mulut dan hidung ke luar negara dan membenarkan import bagi meningkatkan bekalan di pasaran tempatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) Pindaan 2020 itu diwartakan di bawah Akta Kastam 1967, semalam.

Beliau berkata, kerajaan melaksanakan sesi libat urus dengan pengeluar tempatan dan mendapati harga bahan mentah yang 90 peratus diimport dari luar negara meningkat ke tahap tidak ekonomikal untuk pengeluaran serta pasaran runcit, sejak wabak Covid-19 melanda dunia.

“Kesemua empat kilang pengeluar tempatan bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran dan bekalan domestik. Namun, masih tidak mencukupi untuk sektor kesihatan terutama barisan hadapan yang mengurus serta merawat pesakit.

“Melalui penetapan harga siling yang berkuat kuasa sejak 2009, pengeluar tempatan dan pengimport akan dapat meningkatkan bekalan untuk keperluan tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor Harian Metro.

Justeru, beliau berkata, harga baharu diwartakan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) 2020.

Harga baru bagi penutup mulut dan hidung (pembedahan/perubatan) satu lapisan ialah RM5 sekotak bagi borong, manakala RM7 sekotak bagi runcit.

Penutup mulut dan hidung (pembedahan/perubatan) dua lapisan RM8 sekotak (borong) dan RM10 sekotak (runcit).

Bagi tiga lapisan, RM75 sekotak atau RM1.50 seunit (borong) dan RM100 sekotak atau RM2 seunit (runcit).

Penutup mulut dan hidung (pembedahan/perubatan) N95 pula RM100 sekotak (borong) dan RM6 seunit.

Komen & Pendapat

Comments are closed.