Perak Hari Ini

Perak Negeri Terawal Peruntuk Bantuan Akibat Wabak Covid19

IPOH- Kerajaan Perak menjadi antara negeri terawal yang mengumumkan sejumlah bantuan one-off iaitu sebanyak RM500 iaitu dengan jumlah RM2 Juta kepada 4,000 penjaja dan peniaga kecil negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bantuan khas itu diberikan ekoran dari penularan wabak koronavirus (COVID-19) dan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasa bermula hari ini sehingga 31 Mac.

“Bantuan one-off sebanyak RM500 diberikan untuk 4,000 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Perak yang mana akan disalurkan melalui PBT dalam masa terdekat.

“Kerajaan negeri juga akan menanggung separuh daripada kos sewaan gerai makanan dan medan selera di bawah semua PBT di Perak, selama dua bulan iaitu pada Mac dan April dengan kos bernilai lebih RM770,000,” katanya pada perutusan khas semalam.

Selain itu kata Ahmad Faizal, kerajaan negeri turut memberikan sumbangan makan tengahari dan makan malam kepada semua petugas barisan hadapan sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri dan rakyat Perak.

“Kepada 1,500 kakitangan barisan depan iaitu doktor, jururawat dan petugas kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri yang terlibat dalam menangani wabak Covid-19 di negeri Perak akan diberikan sumbangan makan tengahari dan makan malam selama dua minggu dengan jumlah sebanyak RM420,000.

“Kerajaan negeri turut memberikan peruntukan khas khas sebanyak RM160,000 untuk membeli peralatan tambahan yang diperlukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");